For the whole week, kita sangat stress since decision untuk bersalin kat Malaysia ataupun Jepun mesti dibuat secepat mungkin. At first memang kiter fikir nak bersalin kat Malaysia. The reasons is kiter memang plan nak vaginal birth with epidural. Sebab kiter tau kiter ni bukan jenis yang tahan sakit & tersangatlah nervous. Walaupun tau bila berada dalam situasi menanggung sakit tu, takde apa yg kita boleh buat melainkan redha dan berserah aje pada takdir Allah.
Pasal apa kiter menerima epidural tu, kiter takmo citer pasal tu dalam post kali ni. Kiter lebih nak bercerita pasal apa perkara2 yg perlu kiter consider untuk bersalin kat Malaysia ataupun kat Jepun.
Bersalin kat Malaysia
1- Kiter dilahirkan kat Malaysia. Of course la kita dah biasa dengan surrounding kat Malaysia. Which include orang2nya, cuaca, persekitaran. Senang kata comfort lah sebab berada kat tempat sendiri.
2- Since kalau nak bersalin kat Malaysia, kiter nak kena berpisah dengan incik suami daripada minggu ke 3- Dan mungkin waktu2 kita nak bersalin nanti, incik suami takde kat sisi. (incik suami memang plan nak balik, tp tarikhnya fixed. So incase of terawal, memang kiter kena hadapi sorg2 la).
3- Sementara nak menunggu detik2 bersalin, kita kena stay rumah mama kat Putrajaya. Memandangkan masa tu dah ada 3 orang kanak2 kat rumah tu, kiter rasa kalo kiter duk sekali akan menambah beban kat diorg.
4- Apatah lagi kiter ni dah biasa duduk dengan incik suami, incik suami bg attention yg cukup kat kiter, kiter pun senang nak mengadu apa2. Sekali tiba2 kena tukar environment. Dengan keadaan sarat mcm tu kiter rasa lagi la kiter nak meleset2 dengan incik suami kiter.
5- Hospital swasta terbaik! - kiter mmg opted untuk bersalin kat hospital swasta. Ye, kiter sedar diri kiter ni manja. Tak suka kena marah, sindir atau perli dengan staf hospital. Tak suka crowded2. Nak ada orang bg attention kat kiter je. Nak orang cakap lembut2 kat kiter. Nak orang sanggup tadah telinga dengar apa yg kiter nak. Nak orang layan kita baik2, takmo ganas2. So mmg tak sesuai la hospital kerajaan kan?
6- Epidural - is easily found. 365 day per year, 24 hour per day.
7- Factor nak kena c-section tinggi. Kiter nak cepat2 recovery. Tak nak sakit lama2.
8- Berpantang ikut adat: dr segi pengambilan jamu, urut2. So badan betul2 recover dengan betul. Everything back to its place.
9- Ramai orang boleh standby untuk tolong apa2 yang patut.
10- Oh dan kiter risau kalo masa kiter dah sakit2 tu, takde orang nak antar kiter kat spital. Dah la spital pilihan tu jauh.
Bersalin kat Jepun
1- Jepun ni negara yang baru setahun kiter duduk. Kiter tak rasa welcoming sangat nak dapatkan rawatan kat sini.
2- The good thing is, sepanjang mengandung ni, kiter sentiasa berdampingan dengan incik suami. So boleh experience semua benda sama2.
3- Hospital pun dekat, cuma 2 station daripada rumah. Office incik suami pun dekat. So kalo emergency sangat kejap je tunggu dia balik n antar spital.
4- Kita boleh abeskan waktu sepanjang mengandung ni dengan buat aktiviti yang dah biasa kiter buat. Ada threadmill so kiter boleh exercise selalu. Nak gi memana pun secure. Takde la macam kat Malaysia, duk rumah pun rasa seram macam anytime perompak boleh masuk.
5- Hospital praktis mana2 pun sama. Samada government ataupun private. Ada satu hospital ni offer epidural. Just 2 station away drpd rumah. Cuma bill a bit 200k ~ 300k mahal drpd hospital biasa.
6- Masa bersalin incik suami boleh sentiasa ada di sisi. Yang penting dia menyaksikan sendiri zuriat dia tu keluar drpd rahim kiter.
7- Factor nak kena c-section tu rendah. So walaupun proses bersalin tu mungkin amikmasa panjang, at least recover cepat.
8- Kena pantang sendiri2 la. Takdenya nak urut2. Tapi bertangkas ke, apa ke, maybe bleh import brg drpd Malaysia, dan incik suami aaa kena jadik confinement guy kiter.
9- Kalo nak bersalin dengan epidural, kena planned birth. Pilih tarikh yang doctor available kat clinic, kena induced. Epidural given & bersalin.
10- Time kena stay kat hospital up to 6 days. So within 6 days tu, in the care of nurses, banyak boleh recover. Cukup rehat, bonding dengan baby. Ada orang jaga makan minum. Ada orang tolong tengokkan baby kalo baby jaundice ke. So by masa check out tu, maybe kiter dah kuat sikit. Takde aaa muka pucat, jalan terkengkang-kengkang.
11- Mama pun akan datang jugak temankan berpantang. So sepanjang berpantang kat rumah. mama ada support urusan kami anak beranak.
12- Masa tu musim sejuk. Regardless condition kiter masa tu, op course la kiter nak tengok snow turun.
Conclussion
Memang minggu yang stress. Sampai kiter pun nangis2 cakap dengan incik suami kiter tak boleh decide. Dia pun sama stress sebab dia bagi kiter buat decission. Lepas discuss2, dia bagi idea supaya pergi survey satu hospital ni. Namanya Oshio Women's Clinic. Dekat Urayasu. Satu kawasan dengan hospital yang kiter buat check up sebelum ni. Cons nya, hospital ni semuanya doctor lelaki. Pro nya, hospital ni ada pakar anaesthetic. So last sabtu kami pun berappoinment dengan pakar anaesthetic. Namanya Kenji Ono sensei. Orangnya sempi je, tapi sangat yakin dan sabar menjawab semua soalan2 bodoh daripada kami. Actually hak kita jugak as customer kan? Dia pun menerangkan, in order nak dapatkan epidural, kiter kena buat planned birth. Sebabnya dia bukan sentiasa ada kat hospital tu. Dia hanya available hari Selasa & Sabtu je. So bila dah hujung2 pregnancy nanti, doctor akan check condition mommy and baby. Bila baby dah ready untuk tengok dunia, mommy pun sihat, so they will choose a date to induced. Lepas ada contraction, dia administered epidural. Actually dia bagi Combined Spinal Epidural Anaesthesia. It is more effective than epidural. Lepas tu dia akan control dose bius berdasarkan kesakitan yang kiter rasa. Kiter ingatkan epidural ni charge by tube. Tapi base on Kenji Ono sensei ni, bekalan epidural akan berterusan sampai kiter bersalin. Which means, if epidural works well to me, dapat la kita meniti saat2 bersalin tu dengan tenang. Tapi macam mana nak push kalo takde rasa sakit? Rasa sakit memang takde, tapi mommy akan rasa pressure untuk push. From that point akan ada midwife & nurse guide kita untuk push the baby into this world.
Kiter tanya jugak, kenapa ada certain orang buat epidural ni rasa sakit. Ada yang tak. Ada yang effective. Ada yang dah cucuk bius pun still rasa sakit. So sensei pun cakap, its depend on who do the injection. Setakat experience yang dia dah buat, takde pun patient dia yang cakap akan rasa sakit. Cuma pressure je. So jawapan dia yang ini sangat confidentkan kitorg. Plus kiter pun tau sejauh mana dia berpengalaman bagi injection kat orang2 lain.
Akhirnya lepas discuss2 dengan incik suami, kami sepakat buat decision untuk booking kat hospital berkenaan. In case of tiba2 berubah fikiran nak balik Malaysia, deposit booking boleh dapat balik. Mama pun cakap dia boleh datang. Depend dengan keadaan waktu tu. Mungkin 2 minggu, mungkin 3 minggu. Semoga urusan kami dipermudahkan. And as for the baby, dia born masa winter. And keluar kat Jepun. Mana2 pun bumi Allah jugak wahai anak. Jangan sesekali awak takbur pulak nanti. Yang penting bila dia dah besar, dia jadi anak yang soleh, yang beriman pada Allah yang bijak serta taat pada kami. InsyaAllah.